Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya para malaikat akan sentiasa berselawat ke atas salah seorang kalian selagi makanannya masih terhidang

Teks Bahasa Arab

إنَّ الملائكةَ لا تزالُ تُصلِّي على أحدِكم ما دامتْ مائدتُهُ موضوعةٌ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya para malaikat akan sentiasa berselawat ke atas salah seorang kalian selagi makanannya masih terhidang.

Sahabat Perawi

  1. ‘Aishah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 436, hadis no. 2340. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عائشة - رضي الله عنها -، قالت: قال ﷺ: «إن الملائكة لا تزال تصلي على أحدكم ما دامت مائدته موضوعة». [طس، «الضعيفة» (7107)].

(Lemah) Daripada ‘Āishah RA, beliau berkata: Baginda ﷺ bersabda: “Sesungguhnya para malaikat akan sentiasa berselawat ke atas salah seorang kalian selagi makanannya masih terhidang.” [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 7107].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.