Sesungguhnya para malaikat akan mendoakan orang yang berpuasa

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن الصائم إذا أكل عنده صلت عليه الملائكة حتى يفرغوا. وربما قال: حتى يقضوا أكلهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya para malaikat akan mendoakan orang yang berpuasa apabila orang lain makan di sisinya sehingga mereka selesai makan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1132, hadis nombor 5710. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن حبيب بن زيد الأنصاري قال: سمعت مولاة لنا يقال لها ليلى، تحدث عن جدته أم عمارة بنت كعب: أن النبي الله ﷺ دخل عليها، فدعت له بطعام، فقال لها:«كلي»، فقالت: إني صائمة. فقال النبي الله ﷺ:«إن الصائم إذا أكل عنده صلت عليه الملائكة حتى يفرغوا»، وربما قال: «حتى يقضوا أكلهم». [ت، ن في «الكبرى»، مي، خز، ه، ش، ابن المبارك، حم، ابن سعد، البغوي في «حديث علي بن الجعد»، ع، حب، طب، حل، هق، «الضعيفة» (1332)].

(Lemah)
Daripada Habib bin Zaid al-Ansari beliau berkata: Aku telah mendengar salah seorang daripada maula (bekas hamba) kami iaitu Laila menceritakan daripada neneknya iaitu Ummu ‘Ummarah binti Ka’ab, bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW telah datang menemuinya, lalu dia telah menghidangkan makanan kepada Baginda SAW lantas Nabi berkata kepadanya "Makanlah! Wahai Ummu ‘Ummarah," lalu dia berkata: "Sesungguhnya aku ini sedang berpuasa." Maka Nabi pun telah berkata: "Sesungguhnya para malaikat akan mendoakan orang yang berpuasa apabila orang lain makan di sisinya sehingga mereka selesai makan."
[Riwayat al-Tirmizi dalam Sunannya, al-Nasa'i dalam al-Sunan al-Kubra, al-Darimi, Ibn Khuzaymah dalam Sahih Ibn Khuzaymah, Ibn Majah dalam al-Sunan, Ibn Abi Syaibah dalam Musannaf Ibn Abi Syaibah, Ibn al-Mubarak, Imam Ahmad dalam Musnad Imam Ahmad, Ibn Sa’ad, al-Baghawi dalam Hadis Ibn al-Ja’d, Abu Ya’la dalam Musnad Abi Ya’la, Ibn Hibban dalam Sahih Ibn Hibban, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, Abu Nu’aim dalam al-Hilyah dan al-Bayhaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 1332].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.