Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لو استطعتُ ؛ لأخفيتُ عورتِي من شعارِي.
Teks Bahasa Melayu
Sekiranya aku mampu aku akan menutup auratku daripada rambutku.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 956, hadis no. 4935. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن القاسم أن رجلا قال لأبي هريرة: إن رجالا يعرون نساءهم؛ يأمرونهن يمشين بين أيديهم؟ ثم قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: لو استطعت؛ لأخفيت عورتي من شعاري. [الطبراني في مسند الشاميين، الضعيفة(5566)].
(Palsu) Diriwayatkan daripada al-Qasim bahawa seorang lelaki telah berkata kepada Abu Hurairah: Sesungguhnya para lelaki menelanjangkan isteri-isteri mereka, kemudian menyuruh mereka berjalan menggunakan tangan? Kemudian Abu Hurairah RA berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sekiranya aku mampu aku akan menutup auratku daripada rambutku. [Riwayat al-Tabrani dalam Musnad al-Syamin. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5566].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman