Sesungguhnya pada waktu sekarang, dia mendengar bunyi tapak kasut kamu

TEKS BAHASA ARAB

إنه يسمع الآن خفق نعالكم؛ أتاه منكر ونكير، أعينهما مثل قدور النحاس، وأنيابهما مثل صياصي البقر، وأصواتهما مثل الرعد، فليجلسانه، فيسألانه: ما كان يعبد؟ ومن كان نبيه؟ فإن كان ممن يعبد الله؛ قال: كنت أعبد الله، ونبيي محمد – صلى الله عليه وسلم -؛ جاء بالبينات، فآمنا به واتبعناه، فذلك قول الله: (يثبت الله الذين آمنوا بالقول الثابت في الحياة الدنيا وفي الآخرة) ، فيقال له: على اليقين حييت، وعليه مت، وعليه تبعث، ثم يفتح له باب إلى الجة، ويوسع له في حفرته. وإن كان من أهل الشك؛ قال: لا أدري! سمعت الناس يقولون شيئاً فقلته، فيقال له: على الشك حييت، وعليه مت، وعليه تبعث، ثم يفتح له باب إلى النار، ويسلط عليه عقارب وتنانين، لو نفخ أحدهم في الدنيا ما أنبتت شيئاً؛ تنهشه، وتؤمر الأرض فتضم؛ حتى تختلف أضلاعه).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya pada waktu sekarang, dia mendengar bunyi tapak kasut kamu. Telah datang kepadanya Munkar dan Nakir, mata keduanya seperti periuk tembaga, taring keduanya seperti tanduk lembu dan suaranya seperti petir. Keduanya mendudukkannya dan bertanya kepadanya: Siapakah yang dia sembah? Siapakah nabinya? Sekiranya dia daripada kalangan orang yang menyembah Allah maka dia akan menjawab: Aku dahulu menyembah Allah dan nabiku adalah Muhammad SAW yang telah datang kepada kami dengan membawa penjelasan, lalu kami beriman dengannya dan mengikutinya. Demikianlah firman Allah (yang bermaksud): “Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat.” [Ibrahim: 27] Kemudian dikatakan kepadanya: Kamu hidup di atas keyakinan yang benar dan kamu juga mati di atas keyakinan yang benar, maka di atas keyakinan yang benar pula kelak kamu akan dibangkitkan. Lalu dibukakan untuknya pintu menuju ke syurga serta diluaskan kuburnya. Namun, sekiranya dia termasuk dalam golongan orang yang ragu-ragu maka dia akan menjawab: Aku tidak tahu, aku hanya mendengar daripada orang berkata sesuatu lalu aku pun mengucapkannya. Oleh itu, dikatakan kepadanya: Kamu hidup di atas keraguan dan mati juga di atas keraguan serta di atas keraguan itulah kelak kamu akan dibangkitkan. Kemudian akan dibukakan baginya pintu neraka dan didatangkan kepadanya kala jengking dan ular naga. Sekiranya salah satu daripada mereka meniup (nafas mereka) di dunia maka dunia tidak akan mungkin menumbuhkan sesuatu pun. Kala jengking serta ular itu akan menyengatnya dan bumi diperintahkan untuk menghimpitnya sehingga berselang-seli tulang-tulang rusuknya.”

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1750, hadis nombor 8822. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة قال: شهدنا جنازة مع نبي الله – صلى الله عليه وسلم -، فلما فرغ من دفنها وانصرف الناس؛ قال نبي الله – صلى الله عليه وسلم -: (إنه يسمع الآن خفق نعالكم؛ أتاه منكر ونكير، أعينهما مثل قدور النحاس، وأنيابهما مثل صياصي البقر، وأصواتهما مثل الرعد، فليجلسانه، فيسألانه: ما كان يعبد؟ ومن كان نبيه؟ فإن كان ممن يعبد الله؛ قال: كنت أعبد الله، ونبيي محمد – صلى الله عليه وسلم -؛ جاء بالبينات، فآمنا به واتبعناه، فذلك قول الله: (يثبت الله الذين آمنوا بالقول الثابت في الحياة الدنيا وفي الآخرة) ، فيقال له: على اليقين حييت، وعليه مت، وعليه تبعث، ثم يفتح له باب إلى الجة، ويوسع له في حفرته. وإن كان من أهل الشك؛ قال: لا أدري! سمعت الناس يقولون شيئاً فقلته، فيقال له: على الشك حييت، وعليه مت، وعليه تبعث، ثم يفتح له باب إلى النار، ويسلط عليه عقارب وتنانين، لو نفخ أحدهم في الدنيا ما أنبتت شيئاً؛ تنهشه، وتؤمر الأرض فتضم؛ حتى تختلف أضلاعه). [طس، ((الضعيفة)) (5385)].

(Lemah)
Daripada Abi Hurairah RA berkata: “Sesungguhnya pada waktu sekarang, dia mendengar bunyi tapak kasut kamu. Telah datang kepadanya Munkar dan Nakir, mata keduanya seperti periuk tembaga, taring keduanya seperti tanduk lembu dan suaranya seperti petir. Keduanya mendudukkannya dan bertanya kepadanya: Siapakah yang dia sembah? Siapakah nabinya? Sekiranya dia daripada kalangan orang yang menyembah Allah maka dia akan menjawab: Aku dahulu menyembah Allah dan nabiku adalah Muhammad SAW yang telah datang kepada kami dengan membawa penjelasan, lalu kami beriman dengannya dan mengikutinya. Demikianlah firman Allah (yang bermaksud): “Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat.” [Ibrahim: 27] Kemudian dikatakan kepadanya: Kamu hidup di atas keyakinan yang benar dan kamu juga mati di atas keyakinan yang benar, maka di atas keyakinan yang benar pula kelak kamu akan dibangkitkan. Lalu dibukakan untuknya pintu menuju ke syurga serta diluaskan kuburnya. Namun, sekiranya dia termasuk dalam golongan orang yang ragu-ragu maka dia akan menjawab: Aku tidak tahu, aku hanya mendengar daripada orang berkata sesuatu lalu aku pun mengucapkannya. Oleh itu, dikatakan kepadanya: Kamu hidup di atas keraguan dan mati juga di atas keraguan serta di atas keraguan itulah kelak kamu akan dibangkitkan. Kemudian akan dibukakan baginya pintu neraka dan didatangkan kepadanya kala jengking dan ular naga. Sekiranya salah satu daripada mereka meniup (nafas mereka) di dunia maka dunia tidak akan mungkin menumbuhkan sesuatu pun. Kala jengking serta ular itu akan menyengatnya dan bumi diperintahkan untuk menghimpitnya sehingga berselang-seli tulang-tulang rusuknya.”
[Riwayat al-Tabarani di dalam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah no 5385].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs