Sesungguhnya pada umat terdahulu ada seorang lelaki bernama (Muriq)

TEKS BAHASA ARAB

كان فيمن سلف من الأمم رجل يقال له: (مورق)، فكان متعبدا، فبينا هو قائم في صلاته، ذكر النساء، فاشتهاهن، وانتشر حتى قطع صلاته، فغضب، فأخذ قوسه، فقطع وتره، فعقده بخصييه، وشده إلى عقبيه، ثم مد رجليه فانتزعهما، ثم أخذ طمريه ونعليه حتى أتى أرضا لا أنيس بها ولا وحش، فاتخذ عريشا، ثم قام يصلي. فجعل كلما أصبح، انصدعت له الأرض، فخرج له خارج منها معه إناء فيه طعام، فيأكل حتى يشبع، ثم يدخل، فيخرج بإناء فيه شراب، فيشرب حتى يروى، ثم يدخل فتلتئم الأرض، فإذا أمسى فعل مثل ذلك. قال: ومر أناس قريبا منه، فأتاه رجلان من القوم، فمرا عليه تحت الليل، فسألاه عن قصدهما؟ فسمت لهما بيده، قال: هذا قصدكما – حيث يريدان -. فسارا غير بعيد، قال أحدهما: ما يسكن هذا الرجل هنا بأرض لا أنيس بها ولا وحش؟ لو رجعنا إليه حتى نعلم علمه. قال: فرجعا، فقالا له: يا عبد الله! ما يقيمك بهذا المكان بأرض لا أنيس بها ولا وحش؟ قال: امضيا لشأنكما ودعاني. فأبيا وألحا عليه قال: فإني مخبركما على أن من كتمه علي منكما، أكرمه الله في الدنيا والآخرة، ومن أظهر علي منكما، أهانه الله في الدنيا والآخرة. قالا: نعم. قال: فنزلا، فلما أصبحا، خرج الخارج من الأرض مثل الذي كان يخرج من الطعام ومثليه معه، فأكلوا حتى شبعوا، ثم دخل فخرج إليهم بشراب في إناء مثل الذي كان يخرج به كل يوم ومثليه معه، فشربوا حتى رووا، ثم دخل فالتأمت الأرض. قال: فنظر أحدهما إلى صاحبه فقال: ما يعجلنا؟ هذا طعام وشراب وقد علمنا سمتنا من الأرض، امكث إلى العشاء! فمكثا فخرج إليهم من الطعام والشراب مثل الذي خرج أول النهار، فقال أحدهما لصاحبه: امكث بنا حتى نصبح. فمكثا فلما أصبحوا خرج إليهما مثل ذلك. ثم ركبا فانطلقا، فأما أحدهما، فلزم باب الملك حتى كان من خاصته وسمره، وأما الآخر فأقبل على تجارته وعمله.
وكان ذلك الملك لا يكذب أحد في زمانه من أهل مملكته كذبة يعرف بها إلا صلبه. فبينا هم ليلة في السمر يحدثونه مما رأوا من العجائب، أنشأ ذلك الرجل يحدث فقال: ألا أحدثك أيها الملك بحديث ما سمعت أعجب منه قط؟ فحدث بحديث ذلك الرجل الذي رأى من أمره. قال الملك: ما سمعت بكذب قط أعظم من هذا، والله لتأتيني على ما قلت ببينة أو لأصلبنك قال: بينتي فلان. قال: رضى، ائتوني به، فلما أتاه، قال له الملك: إن هذا يزعم: إنكما مررتما برجل ثم كان من أمره كذا وكذا؟ قال الرجل: أيها الملك! أولست تعلم أن هذا كذب، وهذا ما لا يكون، ولو أني حدثتك بهذا،كان عليك من الحق أن تصلبني عليه؟ قال: صدقت وبررت. فأدخل الرجل الذي كتم عليه في خاصته وسمره، وأمر بالآخر فصلب. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: فأما الذي كتم عليه منهما، فقد أكرمه الله في الدنيا والآخرة. وأما الذي أظهر عليه منهما، فقد أهانه الله في الدنيا، وهو مهينه في الآخرة. ثم نظر بكر بن عبدالله إلى ثمامة بن عبدالله بن أنس، فقال: يا أبا المثنى! أسمعت جدك يحدث هذا عن رسول الله – صلى الله عليه وسلم -؟ قال: " نعم".

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya pada umat terdahulu ada seorang lelaki bernama (Muriq), dan sesungguhnya dia adalah ahli ibadah. Ketika dia solat, dia teringat akan golongan wanita sehingga naik nafsunya dan ianya berterusan sehingga dia memutuskan untuk berhenti solat. Dia berasa marah dan mengambil busurnya serta memotongnya dan mengikat busur itu di kedua telurnya dan menariknya hingga ke buku lali. Kemudian dia menghulurkan kakinya dan menariknya, mengambil bajunya dan kedua seliparnya lalu keluar sehingga sampai ke tempat yang tidak ada haiwan ternakan dan tidak ada binatang liar. Lalu dia mengambil tempat yang terhampar, kemudian solat. Dan setiap pagi hari, bumi akan meretak sehingga keluar daripadanya pinggan yang di dalamnya ada makanan, kemudian dia makan sehingga kenyang, lalu pinggan tersebut masuk (kedalam retakan tersebut), lalu keluar lagi mangkuk yang didalamnya ada minum, maka dia minum sehingga puas, kemudian mangkuk tersebut masuk (ke dalam retakan tersebut) dan bumi tersebut menyatu kembali. Dan apabila waktu petang, ia berlaku perkara yang sama. Maka apabila ada segerombolan manusia berjalan melewatinya, ada dua orang yang datang kepadanya daripada kalangan mereka menghampirinya pada waktu malam. Maka dia bertanya: Apakah tujuan dua orang tersebut?
Maka dia memberikan dengan kedua tangannya, beliau berkata: "Ini adalah apa yang kalian inginkan", -sesuai dengan keinginan mereka berdua- maka mereka berdua meninggalkannya, dan apabila mereka berjalan tidak beberapa jauh, salah seorang daripada mereka berkata: "Lelaki ini berada di suatu tempat yang tidak ada haiwan gembala dan haiwan liar?. Alangkah baiknya kita kembali kepadanya; sehingga kita belajar daripadanya". Maka keduanya kembali kepada orang tersebut dan berkata: "Wahai Hamba Allah!, apa yang menyebabkan dirimu mendiami tempat yang tidak ada haiwan ternakan dan tidak ada haiwan liar?!". Maka dia menjawab: “Kalian teruskan urusan kalian berdua dan tinggalkan aku disini". Tetapi mereka berdua tidak mahu dan memaksa (dengan baik) orang tersebut. Maka dia berkata: "Sesungguhnya aku akan menceritakan kepada kalian berdua dengan syarat, iaitu kalian mesti merahsiakan akan perihal diriku, maka Allah akan memuliakannya di dunia dan di akhirat. Dan barangsiapa yang menceritakan perihal diriku, maka Allah akan menghinakannya di dunia dan di akhirat". Lalu mereka berdua menjawab: "Baiklah (kami bersetuju)". Maka keduanya tidur di tempat tersebut, dan apabila tiba waktu pagi; keluarlah makanan seperti biasa dengan jumlah dua makanan tambahan. Maka mereka berdua makan sehingga kenyang. Kemudian mangkuk tersebut masuk ke dalam bumi dan keluar minuman pula sebagaimana hari-hari sebelumnya dengan jumlah dua minuman tambahan. Maka mereka minum sehingga kenyang. Kemudian mangkuk tersebut masuk (ke retakan bumi) dan bumi menyatu seperti sediakala. Maka salah seorang melihat kawannya yang lain dan berkata: "Kenapa kita perlu bersegera?. Di sini ada makanan dan minuman dan kita pun sudah mengetahui tujuan kita, marilah kita tinggal disini sehingga waktu makan malam!". Maka mereka berdua menginap sehingga makanan dan minuman keluar seperti mana yang berlaku di siang hari, maka salah seorang berkata kepada sahabat yang lain: "Mari kita menginap sehingga esok pagi". Maka mereka berdua menginap sehingga esok pagi, dan keluar kepada mereka sebagaimana sebelumnya. Kemudian mereka berdua pun menunggang haiwan tunggangan dan pergi daripada tempat tersebut. (Dikisahkan) Orang pertama, sentiasa bersahabat dengan pemerintah sehingga menjadi pegawai terdekatnya. Sedangkan yang lain sibuk dengan perniagaan dan urusan kerjanya. Dan sesungguhnya Raja pada masa tersebut tidak ada seorangpun yang berbohong dengannya daripada rakyatnya melainkan dia akan menyalibnya. Dan suatu ketika di malam hari, mereka menceritakan kepada Raja tersebut kisah-kisah ajaib. Sehingga lelaki tersebut pun bercerita: "Mahukah engkau wahai Raja, aku ceritakan berkenaan dengan sebuah kisah ajaib yang mana engkau tidak akan pernah mendengarnya sama sekali?". Maka lelaki tersebut pun menceritakan pengalaman yang pernah dia rasakan. (Lalu) Raja berkata: "Aku tidak pernah mendengar kisah bohong yang lebih besar berbanding kisah ini. Demi Allah! Sama ada engkau mendatangkan kepadaku bukti ataupun aku menyalibmu". Maka dia menjawab: "Buktiku adalah fulan (sahabatnya)". Maka Raja pun berkata: "Datangkan kepadaku fulan tersebut", dan apabila fulan tersebut datang; Raja tersebut bertanya: "Sesungguhnya lelaki ini berkata bahwa kalian bertemu dengan seseorang kemudian ceritanya seperti ini dan ini?" Maka lelaki (sahabatnya) itu menjawab: "Wahai Raja! Bukankah engkau mengetahui bahawa ini adalah kisah bohong, dan ini tidak akan berlaku. Dan kalau aku menceritakan perkara yang sama, semestinya engkau berhak untuk menyalib diriku ini?" Maka Raja itu menjawab: "Sungguh engkau telah berkata benar dan melakukan kebajikan". Maka lelaki (sahabatnya) yang tidak menceritakan kisah (yang sebenar) diambil sebagai pegawainya dan lelaki (yang pertama) disalib. Maka Rasulullah SAW bersabda: "Sedangkan yang menyembunyikan kisah tersebut, Allah memuliakan hidupnya di dunia dan di akhirat. Dan yang menzahirkan kisah tersebut, Allah telahpun menghinanya di dunia dan akan menghinakannya di akhirat". Kemudian Baginda melihat Bakr bin Abdullah hinggalah ke Tsumamah bin Abdullah bin Anas dan bertanya: "Wahai Abu Musanna! Adakah engkau mendengar datukmu menceritakan ini daripada Rasulullah SAW?," Dia menjawab: “Ya".

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 547, hadis nombor 2864. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه – قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: كان فيمن سلف من الأمم رجل يقال له: (مورق)، فكان متعبدا، فبينا هو قائم في صلاته، ذكر النساء، فاشتهاهن، وانتشر حتى قطع صلاته، فغضب، فأخذ قوسه، فقطع وتره، فعقده بخصييه، وشده إلى عقبيه، ثم مد رجليه فانتزعهما، ثم أخذ طمريه ونعليه حتى أتى أرضا لا أنيس بها ولا وحش، فاتخذ عريشا، ثم قام يصلي. فجعل كلما أصبح، انصدعت له الأرض، فخرج له خارج منها معه إناء فيه طعام، فيأكل حتى يشبع، ثم يدخل، فيخرج بإناء فيه شراب، فيشرب حتى يروى، ثم يدخل فتلتئم الأرض، فإذا أمسى فعل مثل ذلك. قال: ومر أناس قريبا منه، فأتاه رجلان من القوم، فمرا عليه تحت الليل، فسألاه عن قصدهما؟ فسمت لهما بيده، قال: هذا قصدكما – حيث يريدان -. فسارا غير بعيد، قال أحدهما: ما يسكن هذا الرجل هنا بأرض لا أنيس بها ولا وحش؟ لو رجعنا إليه حتى نعلم علمه. قال: فرجعا، فقالا له: يا عبد الله! ما يقيمك بهذا المكان بأرض لا أنيس بها ولا وحش؟ قال: امضيا لشأنكما ودعاني. فأبيا وألحا عليه قال: فإني مخبركما على أن من كتمه علي منكما، أكرمه الله في الدنيا والآخرة، ومن أظهر علي منكما، أهانه الله في الدنيا والآخرة. قالا: نعم. قال: فنزلا، فلما أصبحا، خرج الخارج من الأرض مثل الذي كان يخرج من الطعام ومثليه معه، فأكلوا حتى شبعوا، ثم دخل فخرج إليهم بشراب في إناء مثل الذي كان يخرج به كل يوم ومثليه معه، فشربوا حتى رووا، ثم دخل فالتأمت الأرض. قال: فنظر أحدهما إلى صاحبه فقال: ما يعجلنا؟ هذا طعام وشراب وقد علمنا سمتنا من الأرض، امكث إلى العشاء! فمكثا فخرج إليهم من الطعام والشراب مثل الذي خرج أول النهار، فقال أحدهما لصاحبه: امكث بنا حتى نصبح. فمكثا فلما أصبحوا خرج إليهما مثل ذلك. ثم ركبا فانطلقا، فأما أحدهما، فلزم باب الملك حتى كان من خاصته وسمره، وأما الآخر فأقبل على تجارته وعمله. وكان ذلك الملك لا يكذب أحد في زمانه من أهل مملكته كذبة يعرف بها إلا صلبه. فبينا هم ليلة في السمر يحدثونه مما رأوا من العجائب، أنشأ ذلك الرجل يحدث فقال: ألا أحدثك أيها الملك بحديث ما سمعت أعجب منه قط؟ فحدث بحديث ذلك الرجل الذي رأى من أمره. قال الملك: ما سمعت بكذب قط أعظم من هذا، والله لتأتيني على ما قلت ببينة أو لأصلبنك قال: بينتي فلان. قال: رضى، ائتوني به، فلما أتاه، قال له الملك: إن هذا يزعم: إنكما مررتما برجل ثم كان من أمره كذا وكذا؟ قال الرجل: أيها الملك! أولست تعلم أن هذا كذب، وهذا ما لا يكون، ولو أني حدثتك بهذا،كان عليك من الحق أن تصلبني عليه؟ قال: صدقت وبررت. فأدخل الرجل الذي كتم عليه في خاصته وسمره، وأمر بالآخر فصلب. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: فأما الذي كتم عليه منهما، فقد أكرمه الله في الدنيا والآخرة. وأما الذي أظهر عليه منهما، فقد أهانه الله في الدنيا، وهو مهينه في الآخرة. ثم نظر بكر بن عبدالله إلى ثمامة بن عبدالله بن أنس، فقال: يا أبا المثنى! أسمعت جدك يحدث هذا عن رسول الله – صلى الله عليه وسلم -؟ قال: " نعم". [طس، ((الضعيفة)) (6342)]

(Munkar)
Daripada Anas bin Malik RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya pada umat terdahulu ada seorang lelaki bernama (Muriq), dan sesungguhnya dia adalah ahli ibadah. Ketika dia solat, dia teringat akan golongan wanita sehingga naik nafsunya dan ianya berterusan sehingga dia memutuskan untuk berhenti solat. Dia berasa marah dan mengambil busurnya serta memotongnya dan mengikat busur itu di kedua telurnya dan menariknya hingga ke buku lali. Kemudian dia menghulurkan kakinya dan menariknya, mengambil bajunya dan kedua seliparnya lalu keluar sehingga sampai ke tempat yang tidak ada haiwan ternakan dan tidak ada binatang liar. Lalu dia mengambil tempat yang terhampar, kemudian solat. Dan setiap pagi hari, bumi akan meretak sehingga keluar daripadanya pinggan yang di dalamnya ada makanan, kemudian dia makan sehingga kenyang, lalu pinggan tersebut masuk (kedalam retakan tersebut), lalu keluar lagi mangkuk yang didalamnya ada minum, maka dia minum sehingga puas, kemudian mangkuk tersebut masuk (ke dalam retakan tersebut) dan bumi tersebut menyatu kembali. Dan apabila waktu petang, ia berlaku perkara yang sama. Maka apabila ada segerombolan manusia berjalan melewatinya, ada dua orang yang datang kepadanya daripada kalangan mereka menghampirinya pada waktu malam. Maka dia bertanya: Apakah tujuan dua orang tersebut?
Maka dia memberikan dengan kedua tangannya, beliau berkata: "Ini adalah apa yang kalian inginkan", -sesuai dengan keinginan mereka berdua- maka mereka berdua meninggalkannya, dan apabila mereka berjalan tidak beberapa jauh, salah seorang daripada mereka berkata: "Lelaki ini berada di suatu tempat yang tidak ada haiwan gembala dan haiwan liar?. Alangkah baiknya kita kembali kepadanya; sehingga kita belajar daripadanya". Maka keduanya kembali kepada orang tersebut dan berkata: "Wahai Hamba Allah!, apa yang menyebabkan dirimu mendiami tempat yang tidak ada haiwan ternakan dan tidak ada haiwan liar?!". Maka dia menjawab: “Kalian teruskan urusan kalian berdua dan tinggalkan aku disini". Tetapi mereka berdua tidak mahu dan memaksa (dengan baik) orang tersebut. Maka dia berkata: "Sesungguhnya aku akan menceritakan kepada kalian berdua dengan syarat, iaitu kalian mesti merahsiakan akan perihal diriku, maka Allah akan memuliakannya di dunia dan di akhirat. Dan barangsiapa yang menceritakan perihal diriku, maka Allah akan menghinakannya di dunia dan di akhirat". Lalu mereka berdua menjawab: "Baiklah (kami bersetuju)". Maka keduanya tidur di tempat tersebut, dan apabila tiba waktu pagi; keluarlah makanan seperti biasa dengan jumlah dua makanan tambahan. Maka mereka berdua makan sehingga kenyang. Kemudian mangkuk tersebut masuk ke dalam bumi dan keluar minuman pula sebagaimana hari-hari sebelumnya dengan jumlah dua minuman tambahan. Maka mereka minum sehingga kenyang. Kemudian mangkuk tersebut masuk (ke retakan bumi) dan bumi menyatu seperti sediakala. Maka salah seorang melihat kawannya yang lain dan berkata: "Kenapa kita perlu bersegera?. Di sini ada makanan dan minuman dan kita pun sudah mengetahui tujuan kita, marilah kita tinggal disini sehingga waktu makan malam!". Maka mereka berdua menginap sehingga makanan dan minuman keluar seperti mana yang berlaku di siang hari, maka salah seorang berkata kepada sahabat yang lain: "Mari kita menginap sehingga esok pagi". Maka mereka berdua menginap sehingga esok pagi, dan keluar kepada mereka sebagaimana sebelumnya. Kemudian mereka berdua pun menunggang haiwan tunggangan dan pergi daripada tempat tersebut. (Dikisahkan) Orang pertama, sentiasa bersahabat dengan pemerintah sehingga menjadi pegawai terdekatnya. Sedangkan yang lain sibuk dengan perniagaan dan urusan kerjanya. Dan sesungguhnya Raja pada masa tersebut tidak ada seorangpun yang berbohong dengannya daripada rakyatnya melainkan dia akan menyalibnya. Dan suatu ketika di malam hari, mereka menceritakan kepada Raja tersebut kisah-kisah ajaib. Sehingga lelaki tersebut pun bercerita: "Mahukah engkau wahai Raja, aku ceritakan berkenaan dengan sebuah kisah ajaib yang mana engkau tidak akan pernah mendengarnya sama sekali?". Maka lelaki tersebut pun menceritakan pengalaman yang pernah dia rasakan. (Lalu) Raja berkata: "Aku tidak pernah mendengar kisah bohong yang lebih besar berbanding kisah ini. Demi Allah! Sama ada engkau mendatangkan kepadaku bukti ataupun aku menyalibmu". Maka dia menjawab: "Buktiku adalah fulan (sahabatnya)". Maka Raja pun berkata: "Datangkan kepadaku fulan tersebut", dan apabila fulan tersebut datang; Raja tersebut bertanya: "Sesungguhnya lelaki ini berkata bahwa kalian bertemu dengan seseorang kemudian ceritanya seperti ini dan ini?" Maka lelaki (sahabatnya) itu menjawab: "Wahai Raja! Bukankah engkau mengetahui bahawa ini adalah kisah bohong, dan ini tidak akan berlaku. Dan kalau aku menceritakan perkara yang sama, semestinya engkau berhak untuk menyalib diriku ini?" Maka Raja itu menjawab: "Sungguh engkau telah berkata benar dan melakukan kebajikan". Maka lelaki (sahabatnya) yang tidak menceritakan kisah (yang sebenar) diambil sebagai pegawainya dan lelaki (yang pertama) disalib. Maka Rasulullah SAW bersabda: "Sedangkan yang menyembunyikan kisah tersebut, Allah memuliakan hidupnya di dunia dan di akhirat. Dan yang menzahirkan kisah tersebut, Allah telahpun menghinanya di dunia dan akan menghinakannya di akhirat". Kemudian Baginda melihat Bakr bin Abdullah hinggalah ke Tsumamah bin Abdullah bin Anas dan bertanya: "Wahai Abu Musanna! Adakah engkau mendengar datukmu menceritakan ini daripada Rasulullah SAW?," Dia menjawab: “Ya".
[Riwayat al-Tabarani dalam Kitab al-Mu‘jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah; no. 6432]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs