Sesungguhnya pada ubun-ubun kuda diikat dengan kebaikan

TEKS BAHASA ARAB

إن الخيل معقود في نواصيها الخير إلى يوم القيامة وأهلها معانون عليها والمنفق عليها كالباسط يده بالصدقة وأبوالها وأرواثها لأهلها عند الله يوم القيامة من مسك الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya pada ubun-ubun kuda diikat dengan kebaikan sehingga hari kiamat, dan pemiliknya adalah pemelihara kepadanya. Orang yang berbelanja kepadanya seperti orang yang menghulurkan kedua-dua tangannya untuk bersedekah. Air kencingnya dan najisnya menjadi kepunyaan pemiliknya yang mana ianya diperbuat daripada kasturi syurga di sisi Allah pada hari Kiamat kelak.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1009, hadis nombor 5196. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع بهذا التمام) عن عريب المالكي رضي الله عنه مرفوعا: إن الخيل معقود في نواصيها الخير إلى يوم القيامة وأهلها معانون عليها والمنفق عليها كالباسط يده بالصدقة وأبوالها وأرواثها لأهلها عند الله يوم القيامة من مسك الجنة. [طس، الضعيفة (5168، 5357)].

(Palsu apabila diriwayat dengan lafaz sempurna sebegini) Daripada ‘Arib al-Maliki RA, beliau meriwayatkan secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya pada ubun-ubun kuda diikat dengan kebaikan sehingga hari kiamat, dan pemiliknya adalah pemelihara kepadanya. Orang yang berbelanja kepadanya seperti orang yang menghulurkan kedua-dua tangannya untuk bersedekah. Air kencingnya dan najisnya menjadi kepunyaan pemiliknya yang mana ianya diperbuat daripada kasturi syurga di sisi Allah pada hari Kiamat kelak. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Dha'ifah no. 5168, 5357]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs