Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن الخيل معقود في نواصيها الخير إلى يوم القيامة وأهلها معانون عليها والمنفق عليها كالباسط يده بالصدقة وأبوالها وأرواثها لأهلها عند الله يوم القيامة من مسك الجنة.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya pada ubun-ubun kuda diikat dengan kebaikan sehingga hari kiamat, dan pemiliknya adalah pemelihara kepadanya. Orang yang berbelanja kepadanya seperti orang yang menghulurkan kedua-dua tangannya untuk bersedekah. Air kencingnya dan najisnya menjadi kepunyaan pemiliknya yang mana ianya diperbuat daripada kasturi syurga di sisi Allah pada hari Kiamat kelak.
Sahabat Perawi
- Arib al-Maliki RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1009, hadis no. 5196. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع بهذا التمام) عن عريب المالكي رضي الله عنه مرفوعا: إن الخيل معقود في نواصيها الخير إلى يوم القيامة وأهلها معانون عليها والمنفق عليها كالباسط يده بالصدقة وأبوالها وأرواثها لأهلها عند الله يوم القيامة من مسك الجنة. [طس، الضعيفة (5168، 5357)].
(Palsu apabila diriwayat dengan lafaz sempurna sebegini) Daripada 'Arib al-Maliki RA, beliau meriwayatkan secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya pada ubun-ubun kuda diikat dengan kebaikan sehingga hari kiamat, dan pemiliknya adalah pemelihara kepadanya. Orang yang berbelanja kepadanya seperti orang yang menghulurkan kedua-dua tangannya untuk bersedekah. Air kencingnya dan najisnya menjadi kepunyaan pemiliknya yang mana ianya diperbuat daripada kasturi syurga di sisi Allah pada hari Kiamat kelak. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Dha'ifah no. 5168, 5357]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman