Terlalu Daif

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya pada setiap perkara itu ada kemuliaannya

Teks Bahasa Arab

إن َّلكلِّ شيءٍ شرفًا، وإنَّ أشرفَ المجالسِ ما استُقبِلَ بهِ القبلةَ، ومن نظر في كتابِ أخيهِ عن غيرِ أمرِهِ؛ فكأنما ينظرُ في النارِ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya pada setiap perkara itu ada kemuliaannya, dan sesungguhnya majlis yang paling mulia adalah majlis yang menghadap ke arah kiblat. Dan sesiapa yang melihat kepada buku sahabatnya tanpa kebenarannya, maka seolah-olah dia sedang melihat ke arah api neraka.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Terlalu Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 217, hadis no. 1158. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عباس - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((إن لكل شيء شرفا، وإن أشرف المجالس ما استقبل به القبلة، ومن نظر في كتاب أخيه عن غير أمره؛ فكأنما ينظر في النار)). [طب، ك، ((الضعيفة)) (5218، 2786)]

(Terlalu Daif) Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya pada setiap perkara itu ada kemuliaannya, dan sesungguhnya majlis yang paling mulia adalah majlis yang menghadap ke arah kiblat. Dan sesiapa yang melihat kepada buku sahabatnya tanpa kebenarannya, maka seolah-olah dia sedang melihat ke arah api neraka. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan al-Hakim dalam Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da‘īfah; no. 5218, 2786]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.