Sesungguhnya pada setiap hari Jumaat ada haji dan umrah buat kalian

TEKS BAHASA ARAB

إن لكم في كل جمعة حجة وعمرة، فالحجة: الهجير للجمعة، والعمرة: انتظار العصر بعد الجمعة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya pada setiap hari Jumaat ada haji dan umrah buat kalian. Adapun haji itu ketika panas terik Jumaat, manakala umrah itu ialah menunggu asar selepas solat Jumaat.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 336, hadis nombor 1762. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن سهل بن سعد الساعدي – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: ((إِنَّ لَكُمْ فِي كُلِّ جُمُعَةٍ حَجَّةً وَعُمْرَةً، فالحجَّةُ: الهجِيرُ للجُمُعَةِ، والعُمْرَةُ: انْتِظَارُ الْعَصْرِ بَعْدَ الْجُمُعَةِ)). [هب، عد، أبو عثمان البحيري في ((الفوائد))، ((الضعيفة)) (6208)].

(Palsu) Daripada Sahl bin Sa‘d al-Sa‘idi RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesungguhnya pada setiap hari Jumaat ada haji dan umrah buat kalian. Adapun haji itu ketika panas terik Jumaat, manakala umrah itu ialah menunggu asar selepas solat Jumaat.” [Riwayat al-Bayhaqi dalam Shu‘ab al-Iman, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil dan Abu ‘Uthman al-Bahiri dalam al-Fawa’id. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6208].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs