Sesungguhnya pada perkataan selindung itu terdapat ruang yang luas daripada berbohong

TEKS BAHASA ARAB

إن في المعاريض لمندوحة عن الكذب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya pada perkataan selindung itu terdapat ruang yang luas daripada berbohong.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 22, hadis nombor 56. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)عن عمران بن حصين – رضي الله عنه -: ((إن في المعاريض لمندوحة عن الكذب)).
[ابن الأعرابي، القضاعي، هق، ابن الجوزي في ((منهاج القاصدين))، ((الضعيفة)) (1094)]

(Lemah) Daripada ‘Imran bin Husain RA: Sesungguhnya pada perkataan selindung itu terdapat ruang yang luas daripada berbohong.
[Riwayat Ibn al-A’rabi, al-Qudha’ie, al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubrā, Ibn al-Jauzi dalam Minhaj al-Qashidin. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.1094]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs