Sesungguhnya pada mereka (Quraisy) ada empat sifat

TEKS BAHASA ARAB

إن فيهم (يعني: قريشا) لخصالا أربعة: إنهم أصلح الناس عند فتنة، وأسرعهم إفاقة بعد مصيبة، وأوشكهم كرة بعد فرة، وخيرهم لمسكين ويتيم، وأمنعهم من ظلم الملوك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya pada mereka (Quraisy) ada empat sifat: Mereka ialah golongan yang paling baik ketika berlaku kekacauan, yang paling cepat pulih selepas musibah, mereka yang paling hampir dengan serangan selepas berundur (pertempuran), mereka yang paling baik dengan orang miskin dan anak yatim, serta mereka yang paling kuat menghalang kezaliman raja.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 846, hadis nombor 4339. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن المستورد الفهري -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إن فيهم (يعني: قريشا) لخصالا أربعة: إنهم أصلح الناس عند فتنة، وأسرعهم إفاقة بعد مصيبة، وأوشكهم كرة بعد فرة، وخيرهم لمسكين ويتيم، وأمنعهم من ظلم الملوك)).
[طس، حل، ((الضعيفة)) (5795)]

(Munkar) Daripada al-Mustawrid al-Fihrī RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya pada mereka (Quraisy) ada empat sifat: Mereka ialah golongan yang paling baik ketika berlaku kekacauan, yang paling cepat pulih selepas musibah, mereka yang paling hampir dengan serangan selepas berundur (pertempuran), mereka yang paling baik dengan orang miskin dan anak yatim, serta mereka yang paling kuat menghalang kezaliman raja.
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu’jam al-Awsaṭ dan Abū Nu‘aym dalam al-Ḥilyah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5795]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs