Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya pada harta ada hak selain zakat

Teks Bahasa Arab

إنَّ في المالِ لحقًّا سوى الزكاةِ، ثم تلا هذه الآيةَ التي في { البقرة } : { لَيْسَ الْبِرَّ أَنْ تُوَلُّوا وُجُوهَكُمْ قِبَلَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ} الآية.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya pada harta ada hak selain zakat, kemudian baginda membaca ayat dalam surah al-Baqarah : “Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan mukamu…(al-Baqarah: 177)” sehingga akhir ayat.

Sahabat Perawi

  1. Fatimah binti Qais

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 882, hadis no. 4526. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن فاطمة بنت قيس-رضي الله عنها- مرفوعا: (إن في المال لحقا سوى الزكاة، ثم تلا هذه الآية التي في (البقرة): (ليس البر أن تولوا وجوهكم…) الآية). [ت، الدارمي، عد، ((الضعيفة)) (4383)]

(Lemah) Daripada Fatimah binti Qais RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya pada harta ada hak selain zakat, kemudian baginda membaca ayat dalam surah al-Baqarah : “Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan mukamu…(al-Baqarah: 177)” sehingga akhir ayat. [Riwayat Sunan Tirmizi, Sunan al-Darimi, Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4383]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.