Sesungguhnya pada hari Jumaat terdapat suatu masa yang mana tidak ada orang yang berbekam pada waktu itu melainkan dia akan mati

TEKS BAHASA ARAB

إن في الجمعة لساعة لا يحتجم فيها أحد إلا مات

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya pada hari Jumaat terdapat suatu masa yang mana tidak ada orang yang berbekam pada waktu itu melainkan dia akan mati.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1722-1723, hadis nombor 8660. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن الحسين بن علي -رضي الله عنه- مرفوعا: ((إن في الجمعة لساعة لا يحتجم فيها أحد إلا مات.)) [ع، ((الضعيفة)) (1412)].

(Palsu)
Daripada al-Husain bin Ali RA, secara marfu’-disandarkan kepada Nabi SAW: ((Sesungguhnya pada hari Jumaat terdapat suatu masa yang mana tidak ada orang yang berbekam pada waktu itu melainkan dia akan mati.))
[Riwayat Abi Ya’la dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 1412].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.