Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن في الجمعةِ لساعةً لا يَحْتَجِمُ فيها أحدٌ إلا مات.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya pada hari Jumaat terdapat suatu masa yang mana tidak ada orang yang berbekam pada waktu itu melainkan dia akan mati.
Sahabat Perawi
- Husain bin Ali
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1722-1723, hadis no. 8660. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن الحسين بن علي -رضي الله عنه- مرفوعا: ((إن في الجمعة لساعة لا يحتجم فيها أحد إلا مات.)) [ع، ((الضعيفة)) (1412)].
(Palsu) Daripada al-Husain bin Ali RA, secara marfu'-disandarkan kepada Nabi SAW: ((Sesungguhnya pada hari Jumaat terdapat suatu masa yang mana tidak ada orang yang berbekam pada waktu itu melainkan dia akan mati.)) [Riwayat Abi Ya’la dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 1412].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman