Sesungguhnya pada hari Jumaat terdapat satu masa tidak ada orang yang berbekam pada waktu itu melainkan dia akan ditimpa sakit yang tidak ada ubat baginya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن في الجمعة ساعة لا يحتجم فيها محتجم إلا عرض له داء لا يشفى منه

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya pada hari Jumaat terdapat satu masa tidak ada orang yang berbekam pada waktu itu melainkan dia akan ditimpa sakit yang tidak ada ubat baginya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1723, hadis nombor 8661. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عمر -رضي الله عنهما- أنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم-: ((إن في الجمعة ساعة لا يحتجم فيها محتجم إلا عرض له داء لا يشفى منه.)) [هق، ((الضعيفة))(1411)].

(Lemah)
Daripada Ibn Umar RA beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: ((Sesungguhnya pada hari Jumaat terdapat satu masa tidak ada orang yang berbekam pada waktu itu melainkan dia akan ditimpa sakit yang tidak ada ubat baginya.))
[Riwayat al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 1411].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.