Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya pada hari Jumaat terdapat satu masa tidak ada orang yang berbekam pada waktu itu melainkan dia akan ditimpa sakit yang tidak ada ubat baginya

Teks Bahasa Arab

إنَّ في الجمعةِ ساعةً لا يحتجمُ فيها محتجمٌ إلا عرَض له داءٌ لا يُشفى منه.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya pada hari Jumaat terdapat satu masa tidak ada orang yang berbekam pada waktu itu melainkan dia akan ditimpa sakit yang tidak ada ubat baginya.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Umar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1723, hadis no. 8661. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عمر -رضي الله عنهما- أنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم-: ((إن في الجمعة ساعة لا يحتجم فيها محتجم إلا عرض له داء لا يشفى منه.)) [هق، ((الضعيفة))(1411)].

(Lemah) Daripada Ibn Umar RA beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: ((Sesungguhnya pada hari Jumaat terdapat satu masa tidak ada orang yang berbekam pada waktu itu melainkan dia akan ditimpa sakit yang tidak ada ubat baginya.)) [Riwayat al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 1411].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.