Sesungguhnya pada hari Jumaat dan malam Jumaat ada 24 jam

TEKS BAHASA ARAB

إن يوم الجمعة وليلة الجمعة أربع وعشرون ساعة؛ ليس فيها ساعة إلا ولله فيها ست مئة عتيق من النار. ثم خرجنا من عنده فدخلنا على الحسن، فذكرنا له حديث ثابت، فقال: سمعته، وزاد فيه: كلهم قد استوجب النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya pada hari Jumaat dan malam Jumaat ada 24 jam. Tiada satu jam pun yang terkecuali melainkan demi Allah akan ada 600 orang yang dibebaskan daripada neraka. Kemudian kami meninggalkannya dan mengunjungi al-Hasan. Lalu kami menyebutkan hadis Thabit padanya. Maka beliau berkata: "Aku telah mendengarnya, dan beliau menambah padanya (hadis tersebut): "Sebenarnya mereka semua telah ditetapkan untuk berada di neraka."

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1891, hadis nombor 9517. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عبدالواحد بن زيد عن ثابت عن أنس -رضي الله عنه – مرفوعا: ((إن يوم الجمعة وليلة الجمعة أربع وعشرون ساعة؛ ليس فيها ساعة إلا ولله فيها ست مئة عتيق من النار)). ثم خرجنا من عنده فدخلنا على الحسن، فذكرنا له حديث ثابت، فقال: سمعته، وزاد فيه: ((كلهم قد استوجب النار)). [ع، ((الضعيفة)) (5068)]

(Sangat Lemah) Daripada Abdul Wahid bin Zaid daripada Thabit daripada Anas RA (disandarkan kepada Nabi SAW): "Sesungguhnya pada hari Jumaat dan malam Jumaat ada 24 jam. Tiada satu jam pun yang terkecuali melainkan demi Allah akan ada 600 orang yang dibebaskan daripada neraka." Kemudian kami meninggalkannya dan mengunjungi al-Hasan. Lalu kami menyebutkan hadis Thabit padanya. Maka beliau berkata: "Aku telah mendengarnya, dan beliau menambah padanya (hadis tersebut): "Sebenarnya mereka semua telah ditetapkan untuk berada di neraka." [Riwayat Abi Ya'la dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no: 5068]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs