Sesungguhnya pada diri wanita itu ada kebodohan dan aurat

TEKS BAHASA ARAB

إن من النساء عيا وعورة، فكفوا عيهن بالسكوت، وواروا عوراتهن بالبيوت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya pada diri wanita itu ada kebodohan dan aurat (yang perlu dijaga). Maka tutuplah kebodohan mereka dengan diam dan lindungilah aurat mereka dengan rumah.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 926, hadis nombor 4756. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن أنس بن مالك – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إن من النساء عيا وعورة، فكفوا عيهن بالسكوت، وواروا عوراتهن بالبيوت)).
[عق، حب، ((الضعيفة)) (2389)].

(Sangat Lemah)
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya pada diri wanita itu ada kebodohan dan aurat (yang perlu dijaga). Maka tutuplah kebodohan mereka dengan diam dan lindungilah aurat mereka dengan rumah.
[Riwayat al-‘Uqaili dalam al-Du’afa al-Kabir, dan Ibn Hibban dalam Sahih Ibnu Hibban. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2389].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs