Sesungguhnya pada buah tembikai itu ada 10 kebaikan

TEKS BAHASA ARAB

في البطيخ عشر خصال: هو طعام، وشراب، ويغسل المثانة، ويقطع الإبردة، وهو ريحان، وأشنان، ويغسل البطن، ويكثر ماء الصلب، ويكثر الجماع، وينقي البشرة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya pada buah tembikai itu ada 10 kebaikan: Merupakan makanan dan minuman, membersihkan pundi kencing, mengurangkan kesejukan, dan merupakan sejenis tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan yang berbau harum, dan kandungannya banyak dengan alkali, dan membersihkan anggota badan, memperbanyak air pada tulang, menguatkan kekuatan ketika jimak dan menajamkan penglihatan mata.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1179, hadis nombor 5968. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل) عن عن ابن عباس – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((في البطيخ عشر خصال: هو طعام، وشراب، ويغسل المثانة، ويقطع الإبردة، وهو ريحان، وأشنان، ويغسل البطن، ويكثر ماء الصلب، ويكثر الجماع، وينقي البشرة)). [فر، ((الضعيفة)) (4012)]

(Batil)
Daripada Ibn ‘Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya pada buah tembikai itu ada 10 kebaikan: Merupakan makanan dan minuman, membersihkan pundi kencing, mengurangkan kesejukan, dan merupakan sejenis tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan yang berbau harum, dan kandungannya banyak dengan alkali, dan membersihkan anggota badan, memperbanyak air pada tulang, menguatkan kekuatan ketika jimak dan menajamkan penglihatan mata.
[Riwayat al-Daylami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah; no. 4012]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs