TEKS BAHASA ARAB
إن الخاصرة عرق الكلية إذا تحرك آذى صاحبها، فداووها بالماء المحرق والعسل.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya pada bahagian pinggang itu sepenuhnya padanya ada urat pembuluh darah, jika dia bergerak akan menyebabkan sesuatu kesakitan kepada seseorang, maka hendaklah dia merawatnya dengan menggunakan air yang telah dipanaskan (dibakar) dengan madu.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1174, hadis nombor 5939. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عائشة – رضي الله عنها -، قالت: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((إن الخاصرة عرق الكلية إذا تحرك آذى صاحبها، فداووها بالماء المحرق والعسل)). [ك، ((الضعيفة)) (2998)]
(Lemah)
Daripada ‘Aishah RA telah berkata: Rasulullah SAW telah berkata: Sesungguhnya pada bahagian pinggang itu sepenuhnya padanya ada urat pembuluh darah, jika dia bergerak akan menyebabkan sesuatu kesakitan kepada seseorang, maka hendaklah dia merawatnya dengan menggunakan air yang telah dipanaskan (dibakar) dengan madu.
[Riwayat al-Hakim dalam Mustadrak beliau. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2998]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.