Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya orang yang sudah mati akan diazab kerana tangisan orang yang hidup kepadanya. Apabila orang yang meratap itu mengatakan: Wahai yang telah menguatkan, wahai penolong, wahai pemberiku pakaian!

Teks Bahasa Arab

إنَّ المَيِّتَ يُعَذَّبُ ببكاءِ الحَيِّ عليه ، إذا قالت النائحةُ : واعَضُدَاهُ ، واناصِراهُ ، واكاسِيَاهُ ! جُبِذَ المَيِّتُ وقيل له : أنت عَضُدُها ؟ ! أنت ناصِرُها ؟ ! أنت كاسِيها ؟ !.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya orang yang sudah mati akan diazab kerana tangisan orang yang hidup kepadanya. Apabila orang yang meratap itu mengatakan: Wahai yang telah menguatkan, wahai penolong, wahai pemberiku pakaian! Lalu jenazah itu ditarik dan dikatakan padanya: Kamukah penguatnya? kamukah yang menolongnya? Kamu yang memberinya pakaiannya?.

Sahabat Perawi

  1. Abu Musa al-Asy'ari

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1733-1734, hadis no. 8724. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أسيد بن أبي أسيد عن موسى بن أبي موسى الأشعري عن أبيه مرفوعاً: (إن الميت يعذب ببكاء الحي عليه، إذا قالت النائحة: واعضداه، واناصراه، واكاسياه! جبذ الميت وقيل له: أنت عضدها؟! أنت ناصرها؟! أنت كاسيها؟! فقلت: سبحان الله يقول الله عز وجل { ولا تزر وازرة وزر أخرى } فقال: ويحك أحدثك عن أبي موسى عن رسول الله صلى الله عليه و سلم، وتقول هذا، فأينا كذب فوالله ما كذبت على أبي موسى ولا كذب أبو موسى على رسول الله صلى الله عليه وسلم). [ك، حم، ((الضعيفة)) (3151)]

(Lemah) Daripada Usaid Bin Abi Usaid Daripada Musa Bin Abi Musa al-Ash’ari daripada ayahnya RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Sesungguhnya orang yang sudah mati akan diazab kerana tangisan orang yang hidup kepadanya. Apabila orang yang meratap itu mengatakan: Wahai yang telah menguatkan, wahai penolong, wahai pemberiku pakaian! Lalu jenazah itu ditarik dan dikatakan padanya: Kamukah penguatnya? kamukah yang menolongnya? Kamu yang memberinya pakaiannya? Maka aku pun berkata: Maha Suci Allah, Allah azza wa jalla berfirman: {Dan tidaklah seseorang itu menanggung dosa jiwa yang lain.} [al-An’am: 164] Lalu Musa berkata: Kasihan kamu! Aku menceritakan sesuatu daripada Abi Musa dari Rasulullah SAW dan kamu pula berkata begini? Maka siapakah di antara kita yang berdusta? Demi Allah, aku tidak berdusta atas nama Abu Musa dan Abu Musa tidak berdusta atas nama Nabi SAW. [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak dan Ahmad dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 3151].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.