Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya orang yang selamat ialah orang yang sangat cinta akan Allah SWT

Teks Bahasa Arab

إنَّ سالِمًا شديدُ الحُبِّ للهِ -عَزَّ وجَلَّ-، لو كان لا يخافُ اللهُ ما عصاهُ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya orang yang selamat ialah orang yang sangat cinta akan Allah SWT, dan jika dia tidak takutkan-Nya, dia tetap tidak membuat maksiat.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1826, hadis no. 9205. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عبدالرحمن بن غنم، قال: قدمت المدينة في زمان عثمان فأتيت عبدالله بن الأرقم، فقال: حضرت عمر – رضي الله عنه – عند وفاته مع ابن عباس والمسور بن مخرمة، فقال عمر: سمعت رسول الله - صلى الله عليه وسلم- يقول: ((إنّ سالماً شديد الحب لله –عزّ وجل-، لو كان لا يخاف الله ما عَصاه)). فلقيت ابن عباس، فذكرت ذلك له، فقال: صدق، انطلق بنا إلى المسور بن مخرمة حتى يحدثك به، فجئنا المسور، فقلت: إن عبدالله بن الأرقم حدثني بهذا الحديث، قال: حسبك، لا تسل عنه بعد عبدالله بن الأرقم. [حل، ((الضعيفة)) (3179)]

(Palsu) Daripada Abdul Rahman bin Ghanm berkata: Aku tiba di Madinah pada zaman Uthman RA. Aku datang berjumpa Abdullah bin al-Arqam, lalu dia berkata: “Aku menziarahi Umar RA bersama Ibnu Abbas dan al-Miswar bin Makhramah ketika (dekat) dengan hari wafatnya, lalu Umar berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: ‘Sesungguhnya orang yang selamat ialah orang yang sangat cinta akan Allah SWT, dan jika dia tidak takutkan-Nya, dia tetap tidak membuat maksiat.’” Dan aku berjumpa dengan Ibnu Abbas dan aku menyebut hadis daripada Abdullah bin al-Arqam kepadanya. Ibn Abbas berkata: “Benar (hadis itu). Ayuh pergi bersama-sama kepada al-Miswar bin Makhramah sehingga dia sendiri menceritakannya.” Kemudian kami sampai kepada al-Miswar. Aku berkata: “Sesungguhnya Abdullah bin al-Arqam menyampaikan hadis ini kepadaku.” Al-Miswar berkata: “Cukuplah. Jangan bertanya selepas Abdullah bin al-Arqam (menyampaikannya).” [Riwayat Abū Nu’aym dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3179]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.