Sesungguhnya orang yang pemurah itu akan berada di dalam syurga, ia kepastian bagi Allah, dan aku akan menjadi penjaminnya

TEKS BAHASA ARAB

ألا إن كل جواد في الجنة؛ حتم على الله، وأنا به كفيل، ألا وإن كل بخيل في النار؛ حتم على الله، وأنا به كفيل. قالوا: يا رسول الله! من الجواد ومن البخيل؟ قال: الجواد من جاد بحقوق الله في ماله، والبخيل من منع حقوق الله وبخل على ربه، وليس الجواد من أخذ حراما وأنفق إسرافا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya orang yang pemurah itu akan berada di dalam syurga, ia kepastian bagi Allah, dan aku akan menjadi penjaminnya. Sesungguhnya semua orang yang kedekut akan berada di dalam neraka, ia satu kepastian bagi Allah, dan aku akan menjadi penjaminnya.” Mereka berkata: Wahai Rasulullah! Siapakah orang yang pemurah, dan siapakah orang yang kedekut? Baginda bersabda: “Orang yang pemurah itu adalah orang menunaikan hak Allah di dalam hartanya, orang yang kedekut dan bakhil pula adalah orang yang menghalang hak Allah dan bakhil terhadap tuhannya, bukanlah orang yang pemurah itu orang yang mengambil yang haram dan berbelanja secara membazir.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 891, hadis nombor 4570. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي هريرة -رضي الله عنه-: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ((ألا إن كل جواد في الجنة؛ حتم على الله، وأنا به كفيل، ألا وإن كل بخيل في النار؛ حتم على الله، وأنا به كفيل. قالوا: يا رسول الله! من الجواد ومن البخيل؟ قال: الجواد من جاد بحقوق الله في ماله، والبخيل من منع حقوق الله وبخل على ربه، وليس الجواد من أخذ حراما وأنفق إسرافا)). [الأصبهاني، ((الضعيفة)) (5259)].

(Munkar)
Daripada Abu Hurairah RA: Daripada Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya orang yang pemurah itu akan berada di dalam syurga, ia kepastian bagi Allah, dan aku akan menjadi penjaminnya. Sesungguhnya semua orang yang kedekut akan berada di dalam neraka, ia satu kepastian bagi Allah, dan aku akan menjadi penjaminnya.” Mereka berkata: Wahai Rasulullah! Siapakah orang yang pemurah, dan siapakah orang yang kedekut? Baginda bersabda: “Orang yang pemurah itu adalah orang menunaikan hak Allah di dalam hartanya, orang yang kedekut dan bakhil pula adalah orang yang menghalang hak Allah dan bakhil terhadap tuhannya, bukanlah orang yang pemurah itu orang yang mengambil yang haram dan berbelanja secara membazir.”
[Riwayat al-Asbahani dalam al-Targhib wa al-Tarhib. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5259].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.