Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِنَّ أسرعَ أمَّتِي لُحوقًا بِي في الجنَّةِ امرأةٌ مِنْ أَحْمَسٍ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya orang yang paling cepat berjumpa denganku dalam kalangan umatku ketika di syurga nanti ialah perempuan daripada Ahmas.
Sahabat Perawi
- Salma binti Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1818, hadis no. 9165. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن سلمى بنت جابر: أن زوجها استشهد، فأتت عبد الله بن مسعود، فقالت: إني امرأة قد استشهد زوجي، وقد خطبني الرجال، فأبيت أن أتزوج حتى ألقاه، فترجو لي إن اجتمعت أنا وهو أن أكون من أزواجه؟ قال: نعم، فقال له رجل: ما رأيناك نقلت هذا منذ قاعدناك، قال: إني سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((إن أسرع أمتي لحوقا بي في الجنة امرأة من أحمس)). [حم، ع، ((الضعيفة)) (2977)]
(Lemah) Daripada Salmā binti Jābir bahawa suaminya telah mati syahid. Dia datang kepada ‘Abdullah bin Mas‘ūd lalu berkata: Sesungguhnya aku ini seorang perempuan yang telah kematian suami kerana dia syahid. Dan aku telah dirisik oleh seorang lelaki. Dan aku menolak untuk berkahwin dengannya sehingga aku bertemu dengannya dan engkau berharap bagiku agar aku berhimpun dengan dia supaya aku menjadi salah seorang daripada isteri-isterinya. Ibn Mas'ud menjawab: Baiklah. Lalu pemuda itu berkata kepada Ibn Mas‘ud: Kami tidak pernah melihat engkau menukilkan perkara ini sejak kami duduk denganmu. Ibn Mas‘ud RA menjawab: Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya orang yang paling cepat berjumpa denganku dalam kalangan umatku ketika di syurga nanti ialah perempuan daripada Ahmas. [Riwayat Aḥmad bin Ḥanbal dalam al-Musnad, Abū Ya‘lā dalam al-Musnad al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2977]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman