Sesungguhnya orang yang paling bodoh dan sesat adalah kaum yang menghendaki pengajaran yang telah dibawa oleh Nabi lain dan bukan Nabi mereka

TEKS BAHASA ARAB

إن أحمق الحمق وأضل الضلالة قوم رغبوا عما جاء به نبيهم إلى نبي غير نبيهم، وإلى أمة غير أمتهم. ثم أنزل الله عز وجل: ((أولم يكفهم أنا أنزلنا عليك الكتاب يتلى عليهم)).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya orang yang paling bodoh dan sesat adalah kaum yang menghendaki pengajaran yang telah dibawa oleh nabi lain dan bukan nabi mereka dan kepada umat yang lain bukannya umat mereka. Kemudian Allah azza wajalla menurunkan ayat, Allah SWT berfirman: “Tidakkah cukup bagi mereka bahawa Kami telah menurunkan kepadamu al-Quran yang dibacakan kepada mereka?” [Surah al-Ankabut: 51].

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1525-1526, hadis nombor 7757. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن أبي هريرة – رضي الله عنه-، قال: كان ناس من أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم يكتبون من التوراة، فذكروا له، فقال:((إن أحمق الحمق وأضل الضلالة قوم رغبوا عما جاء به نبيهم إلى نبي غير نبيهم، وإلى أمة غير أمتهم. ثم أنزل الله عز وجل: (أولم يكفهم أنا أنزلنا عليك الكتاب يتلى عليهم))). [الإسماعيلي، الخطيب في ((الموضح))، ((الضعيفة)) (5865)]

(Sangat Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Terdapat daripada kalangan sahabat nabi SAW menulis daripada kitab Taurat lalu disebutkan kepada mereka, dan baginda berkata: “Sesungguhnya orang yang paling bodoh dan sesat adalah kaum yang menghendaki pengajaran yang telah dibawa oleh nabi lain dan bukan nabi mereka dan kepada umat yang lain bukannya umat mereka. Kemudian Allah azza wajalla menurunkan ayat, Allah SWT berfirman: “Tidakkah cukup bagi mereka bahawa Kami telah menurunkan kepadamu al-Quran yang dibacakan kepada mereka?” [Surah al-Ankabut: 51]. [Riwayatkan oleh al-Isma’ili, al-Khatib dalam al-Mawdih. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5865]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs