Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ أحمقَ الحُمقِ وأضَلَّ الضَّلالَةِ قومٌ رغِبوا عمَّا جاء بهِ نبيُّهُمْ إلى نبيٍّ غيرِ نبيِّهِمْ، وإلى أمَّةٍ غيرِ أمَّتِهِمْ. ثمَّ أنزلَ اللَّهُ عزَّ وجلَّ: ((أَوَلَمْ يَكْفِهِمْ أَنَّا أَنْزَلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ يُتْلَى عَلَيْهِمْ)).
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya orang yang paling bodoh dan sesat adalah kaum yang menghendaki pengajaran yang telah dibawa oleh nabi lain dan bukan nabi mereka dan kepada umat yang lain bukannya umat mereka. Kemudian Allah azza wajalla menurunkan ayat, Allah SWT berfirman: “Tidakkah cukup bagi mereka bahawa Kami telah menurunkan kepadamu al-Quran yang dibacakan kepada mereka?” [Surah al-Ankabut: 51].
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1525-1526, hadis no. 7757. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Sangat Lemah) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Terdapat daripada kalangan sahabat nabi SAW menulis daripada kitab Taurat lalu disebutkan kepada mereka, dan baginda berkata: “Sesungguhnya orang yang paling bodoh dan sesat adalah kaum yang menghendaki pengajaran yang telah dibawa oleh nabi lain dan bukan nabi mereka dan kepada umat yang lain bukannya umat mereka. Kemudian Allah azza wajalla menurunkan ayat, Allah SWT berfirman: “Tidakkah cukup bagi mereka bahawa Kami telah menurunkan kepadamu al-Quran yang dibacakan kepada mereka?” [Surah al-Ankabut: 51]. [Riwayatkan oleh al-Isma’ili, al-Khatib dalam al-Mawdih. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5865]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman