Sesungguhnya orang yang paling baik bacaannya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن أحسن الناس قراءة: من إذا قرأ، يتحزن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya orang yang paling baik bacaannya ialah seseorang yang apabila dia membaca al-Quran dia berasa sedih.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2076, hadis nombor 10417. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن ابن عباس – رضي الله عنهما -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن أحسن الناس قراءة: من إذا قرأ، يتحزن.
[طب، حل، ((الضعيفة)) (6512)]

(Lemah)
Daripada Ibn ‘Abbās RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya orang yang paling baik bacaannya ialah seseorang yang apabila dia membaca al-Quran dia berasa sedih.
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr dan Abū Nu‘aym dalam al-Ḥilyah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6512]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.