Lemah
3 minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِنَّ أحسنَ الناسِ قراءَةً: من إذا قرأَ، يتحزَّنُ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya orang yang paling baik bacaannya ialah seseorang yang apabila dia membaca al-Quran dia berasa sedih.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2076, hadis no. 10417. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس - رضي الله عنهما -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن أحسن الناس قراءة: من إذا قرأ، يتحزن. [طب، حل، ((الضعيفة)) (6512)]
(Lemah) Daripada Ibn ‘Abbās RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya orang yang paling baik bacaannya ialah seseorang yang apabila dia membaca al-Quran dia berasa sedih. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr dan Abū Nu‘aym dalam al-Ḥilyah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6512]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman