Sesungguhnya orang yang paling aku cintai dalam kalangan kalian dan yang paling dekat denganku ialah yang sering bertemu dengan aku

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن أحبكم إلي وأقربكم مني الذي يلحقني على العهد الذي فارقني عليه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya orang yang paling aku cintai dalam kalangan kalian dan yang paling dekat denganku ialah yang sering bertemu dengan aku dalam satu perjanjian yang mana perjanjian itu memisahkan aku dengannya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1818, hadis nombor 9163. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) قال أبو ذر -رضي الله عنه- سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((إن أحبكم إلي وأقربكم مني الذي يلحقني على العهد الذي فارقني عليه)). [طب، البزار، ((الضعيفة)) (2974)]

(Lemah) Abū Dhar RA telah berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya orang yang paling aku cintai dalam kalangan kalian dan yang paling dekat denganku ialah yang sering bertemu dengan aku dalam satu perjanjian yang mana perjanjian itu memisahkan aku dengannya. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr, al-Bazzār dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2974]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.