Sesungguhnya orang yang mewariskan harta bukan pada ahlinya, maka dia menanggung separuh azab umat ini.

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن التي تورث المال غير أهله عليها نصف عذاب الأمة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya orang yang mewariskan harta bukan pada ahlinya, maka dia menanggung separuh azab umat ini.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 821, hadis nombor 4224. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ثوبان–رضي الله عنه-قال: قال صلى الله عليه وآله وسلم: ((إن التي تورث المال غير أهله عليها نصف عذاب الأمة)).
[عب، ((الضعيفة)) (7077)]

(Lemah) Daripada Thawban RA, katanya: Baginda SAW bersabda: Sesungguhnya orang yang mewariskan harta bukan pada ahlinya, maka dia menanggung separuh azab umat ini.
[Riwayat Musannaf Abd al-Razzaq. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 7077]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.