Sesungguhnya orang yang meninggalkan seruan kepada kebaikan dan larangan kepada kemungkaran itu bukanlah orang yang beriman dengan al-Quran dan tidak juga denganku

TEKS BAHASA ARAB

إن التارك الأمر بالمعروف والنهي عن المنكر ليس مؤمنا بالقرآن ولا بي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya orang yang meninggalkan seruan kepada kebaikan dan larangan kepada kemungkaran itu bukanlah orang yang beriman dengan al-Quran dan tidak juga denganku.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 468, hadis nombor 2509. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي إسحاق، قال: خرجت مع زيد بن أرقم إلى الجمعة، فرأى رجلين بينهما شحناء، فوثب حتى حجز بينهما، ثم قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: «إن التارك الأمر بالمعروف والنهي عن المنكر ليس مؤمنا بالقرآن ولا بي». [خط، «الضعيفة» (3145)].

(Palsu) Daripada Abū Isḥāq, dia berkata: Aku telah keluar bersama Zayd bin Arqam menuju solat Jumaat. Lalu beliau melihat dua orang lelaki yang sedang bergaduh, lantas beliau melompat untuk memisahkan mereka berdua. Kemudian beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesungguhnya orang yang meninggalkan seruan kepada kebaikan dan larangan kepada kemungkaran itu bukanlah orang yang beriman dengan al-Quran dan tidak juga denganku”. [Riwayat al-Khaṭīb al-Baghdādī dalam Tārīkhnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3145].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs