Sesungguhnya orang yang mengimarahkan rumah-rumah Allah ialah ahli Allah 'Azza wa Jalla.

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن عمار بيوت الله هم أهل الله – عز وجل -.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya orang yang mengimarahkan rumah-rumah Allah ialah ahli Allah ‘Azza wa Jalla.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1803, hadis nombor 9091. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إنّ عُمَّار بيوت الله هم أهل الله -عز وجل-)). [عبد بن حميد، عق، ابو حفص الزيات في ((حديثه))، تمام، طس، ((الضعيفة)) (1682)]

(Lemah) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Sesungguhnya orang yang mengimarahkan rumah-rumah Allah ialah ahli Allah ‘Azza wa Jalla.” [Riwayat Abd bin Hamid, al-‘Uqayli dalam al-Dhua’fa’ al-Kabir, Abu Hafs al-Zayyat, Tammam, dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1682]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.