Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ عُمَّارَ بيوتِ اللهِ هم أهلُ اللهِ - عَزَّ وجَلَّ -.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya orang yang mengimarahkan rumah-rumah Allah ialah ahli Allah 'Azza wa Jalla.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1803, hadis no. 9091. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس بن مالك - رضي الله عنه - مرفوعا: ((إنّ عُمَّار بيوت الله هم أهل الله -عز وجل-)). [عبد بن حميد، عق، ابو حفص الزيات في ((حديثه))، تمام، طس، ((الضعيفة)) (1682)]
(Lemah) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): "Sesungguhnya orang yang mengimarahkan rumah-rumah Allah ialah ahli Allah 'Azza wa Jalla." [Riwayat Abd bin Hamid, al-‘Uqayli dalam al-Dhua’fa’ al-Kabir, Abu Hafs al-Zayyat, Tamam, dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1682]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman