Sesungguhnya orang yang mengharamkan yang halal adalah seperti orang yang menghalalkan yang haram

TEKS BAHASA ARAB

إن محرم الحلال كمحلل الحرام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya orang yang mengharamkan yang halal adalah seperti orang yang menghalalkan yang haram.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 813, hadis nombor 4189. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عبد الله بن عمر–رضي الله عنهما- أنه سمع رسول الله -صلى الله عليه وسلم- يقول: ((إن محرم الحلال كمحلل الحرام)).
[طس، القضاعي في ((مسند الشهاب))، ابن أبي حاتم في ((العلل))، ((الضعيفة)) (6215)].

(Munkar) Daripada Abdullah bin Umar RA bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya orang yang mengharamkan yang halal adalah seperti orang yang menghalalkan yang haram.
[Riwayat Al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsat, al-Qudhai dalam Musnad al-Syihab, Ibn Abi Hatim dalam al-Ilal. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6215]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs