Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ محرِّمَ الحلالِ كمحلِّلِ الحرامِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya orang yang mengharamkan yang halal adalah seperti orang yang menghalalkan yang haram.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 813, hadis no. 4189. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن عبد الله بن عمر–رضي الله عنهما- أنه سمع رسول الله -صلى الله عليه وسلم- يقول: ((إن محرم الحلال كمحلل الحرام)). [طس، القضاعي في ((مسند الشهاب))، ابن أبي حاتم في ((العلل))، ((الضعيفة)) (6215)].
(Munkar) Daripada Abdullah bin Umar RA bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya orang yang mengharamkan yang halal adalah seperti orang yang menghalalkan yang haram. [Riwayat Al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsat, al-Qudhai dalam Musnad al-Syihab, Ibn Abi Hatim dalam al-Ilal. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6215]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman