Sesungguhnya orang yang mengharamkan perkara yang halal itu seperti orang yang menghalalkan perkara yang haram

TEKS BAHASA ARAB

إن محرم الحلال كمحلل الحرام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya orang yang mengharamkan perkara yang halal itu seperti orang yang menghalalkan perkara yang haram.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 415, hadis nombor 2235. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عمر – رضي الله عنهما -، قال: إني سمعت رسول الله ﷺ يقول: «إن محرم الحلال كمحلل الحرام». [ابن حبان في «الضعفاء»، أبو بكر النيسابوري في «الفوائد»، القاسم السرقسطي في «الدلائل»، أبو بكر اليزدي في «مجلس له»، القضاعي، «الضعيفة» (5434)].

(Lemah) Daripada Ibn Umar RA, beliau berkata: Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: "Sesungguhnya orang yang mengharamkan perkara yang halal itu seperti orang yang menghalalkan perkara yang haram". [Riwayat Ibn Ḥibbān dalam al-Ḍu‘afā’, Abū Bakr al-Naysabūrī dalam al-Fawā’id, al-Qāsim al-Saraqusṭī dalam al-Dalā‘il, Abū Bakr al-Yazdī dalam Majlis Lahu dan al-Quḍā‘ī dalam Musnad al-Shihāb. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5434].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs