Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya orang yang mati syahid di lautan lebih baik di sisi Allah daripada orang yang mati syahid di daratan

Teks Bahasa Arab

إنَّ شُهَداءَ البحرِ أَفضلُ عندَ اللَّهِ من شُهَداءِ البَرِّ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya orang yang mati syahid di lautan lebih baik dari sisi Allah daripada orang yang mati syahid di daratan.

Sahabat Perawi

  1. Saad bin Junadah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1015, hadis no. 5223. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن سعد بن جنادة رضي الله عنه أن رسول الله ﷺ قال: إن شهداء البحر أفضل عند الله من شهداء البرّ. [طب, الضعيفة (5883)]

(Lemah) Daripada Sa’ad bin Junadah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Sesungguhnya orang yang mati syahid di lautan lebih baik daripada orang yang mati syahid di daratan. [Riwayat Al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 5883]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.