TEKS BAHASA ARAB
إن البخيل كل البخيل من ذكرت عنده فلم يصل علي.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya orang yang kikir segala kikir itu ialah orang yang disebutkan aku di sisinya tetapi dia tidak berselawat ke atasku.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 368, hadis nombor 1965. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة – رضي الله عنه -، قال: قال ﷺ: «إن البخيل كل البخيل من ذكرت عنده فلم يصل علي». [هب، «الضعيفة» (7070)].
(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Baginda ﷺ bersabda: "Sesungguhnya orang yang kikir segala kikir itu ialah orang yang disebutkan aku di sisinya tetapi dia tidak berselawat ke atasku". [Riwayat al-Bayhaqi dalam Shu‘ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 7070].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.