Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya orang yang bodoh akan ditimpa keburukan

Teks Bahasa Arab

حديث: إِنَّ الْأَحْمَقَ يُصِيبُ بِحُمْقِهِ أَعْظَمَ مِنْ فُجُورِ الْفَاجِرِ وَإِنَّمَا يُرْفَعُ الْعِبَادُ غَدًا فِي الدَّرَجَاتِ وَيَنَالُونَ الزُّلْفَى مِنْ رَبِّهِمْ عَلَى قَدْرِ عُقُولِهِمْ.

Teks Bahasa Melayu

Hadis: Sesungguhnya orang yang bodoh akan ditimpa keburukan dengan sebab kebodohannya lebih teruk daripada kejahatan orang yang jahat. Sesungguhnya perbezaan hamba esok hari mengikut darjat-darjat tertentu. Mereka memperolehi kedekatan dengan tuhan mengikut kadar akal mereka.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 51, hadis no. 88. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

موضوع.

Palsu.

Rujukan

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.