Sesungguhnya orang yang berlaku adil akan berada di atas mimbar

TEKS BAHASA ARAB

إن المقسطين على منابر من لؤلؤ يوم القيامة بين يدي الرحمن، بما أقسطوا في الدنيا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya orang yang berlaku adil akan berada di atas mimbar yang diperbuat dari permata pada hari kiamat di sisi Allah yang Maha Pemurah terhadap apa yang telah mereka berlaku adil di dunia (terhadap isteri mereka).

STATUS

Shaz

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 960, hadis nombor 4956. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(شاذ)
عن عبدالله بن عمرو بن العاص – رضي الله عنهما – أن رسول الله ﷺ قال: إن المقسطين على منابر لؤلؤ يوم القيامة بين يدي الرحمن، بما أقسطوا في الدنيا.
[ش، حم، ((الضعيفة)) (6344)].

(Shaz)
Daripada Abdullah bin ‘Amru RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Sesungguhnya orang yang berlaku adil akan berada di atas mimbar yang diperbuat dari permata pada hari kiamat di sisi Allah yang Maha Pemurah terhadap apa yang telah mereka berlaku adil di dunia (terhadap isteri mereka).
[Riwayat Ibn Abi Shaibah dalam al-Mushannaf dan Ahmad bin Hanbal dalam Musnad beliau. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6344].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs