TEKS BAHASA ARAB
قال لقمان لابنه: إن العاقل يبصر ما لا يرى بعينه بقلبه، والشاهد يرى ما لا يرى الغائب.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Luqman berkata kepada anak lelakinya: “Sesungguhnya orang yang berakal itu apabila tidak dapat melihat sesuatu dengan matanya, maka dia akan melihat dengan mata hatinya. Dan orang yang hadir itu dapat melihat sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh orang yang tidak hadir".
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 112, hadis nombor 580. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر)
عن حذيفة – رضي الله عنه -، قال: سمعتُ رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يقول: قال لقمان لابنه: إن العاقل يبصر ما لا يرى بعينه بقلبه، والشاهد يرى ما لا يرى الغائب.
[الماوردي في ((الأمثال))، ((الضعيفة)) (5645)]
(Munkar)
Daripada Ḥuzaifah RA telah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Luqman berkata kepada anak lelakinya: “Sesungguhnya orang yang berakal itu apabila tidak dapat melihat sesuatu dengan matanya, maka dia akan melihat dengan mata hatinya. Dan orang yang hadir itu dapat melihat sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh orang yang tidak hadir”.
[Riwayat oleh al-Mawardi dalam al-Amthal. Lihat Silsilah al-Ḍa‘ifah, no.5645]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.