Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya orang yang berakal itu apabila tidak dapat melihat sesuatu dengan matanya, maka dia akan melihat dengan mata hatinya

Teks Bahasa Arab

قَالَ لقمانُ لابنِهِ: إنَّ العَاقِلَ يُبْصِرُ مَا لَا يَرَى بِعَيْنِهِ بِقَلْبِهِ، والشَاهِدُ يَرَى مَا لَا يَرَى الغَائِبُ.

Teks Bahasa Melayu

Luqman berkata kepada anak lelakinya: “Sesungguhnya orang yang berakal itu apabila tidak dapat melihat sesuatu dengan matanya, maka dia akan melihat dengan mata hatinya. Dan orang yang hadir itu dapat melihat sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh orang yang tidak hadir".

Sahabat Perawi

  1. Huzaifah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 112, hadis no. 580. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن حذيفة - رضي الله عنه -، قال: سمعتُ رسول الله - صلى الله عليه وسلم - يقول: قال لقمان لابنه: إن العاقل يبصر ما لا يرى بعينه بقلبه، والشاهد يرى ما لا يرى الغائب. [الماوردي في ((الأمثال))، ((الضعيفة)) (5645)]

(Munkar) Daripada Ḥuzaifah RA telah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Luqman berkata kepada anak lelakinya: “Sesungguhnya orang yang berakal itu apabila tidak dapat melihat sesuatu dengan matanya, maka dia akan melihat dengan mata hatinya. Dan orang yang hadir itu dapat melihat sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh orang yang tidak hadir”. [Riwayat oleh al-Mawardi dalam al-Amthal. Lihat Silsilah al-Ḍa‘ifah, no.5645]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.