Sesungguhnya orang yang belum berkhatan tidak dibiarkan (dalam keadaan sebegitu) di dalam Islam sehinggalah dia berkhatan, walaupun dia sudah mencapai lapan puluh tahun

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن الأقلف لا يترك في الإسلام حتى يختتن، ولو بلغ ثمانين سنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya orang yang belum berkhatan tidak dibiarkan (dalam keadaan sebegitu) di dalam Islam sehinggalah dia berkhatan, walaupun dia sudah mencapai lapan puluh tahun.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1620, hadis nombor 8180. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن علي – رضي الله عنه-، قال: وجدنا في قائم سيف رسول الله -صلى الله عيه وسلم – في الصحيفة: ((إن الأقلف لا يترك في الإسلام حتى يختتن، ولو بلغ ثمانين سنة)). [هق، ((الضعيفة)) (2997)].

(Palsu)
Daripada Ali RA, beliau berkata: Kami mendapati pada pemegang pedang Rasulullah SAW, di dalam sahifah (gulungan kertas) (tertulis): ((Sesungguhnya orang yang belum berkhatan tidak dibiarkan (dalam keadaan sebegitu) di dalam Islam sehinggalah dia berkhatan, walaupun dia sudah mencapai lapan puluh tahun.))
[Riwayat al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2997].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.