Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya orang yang belum berkhatan tidak dibiarkan (dalam keadaan sebegitu) di dalam Islam sehinggalah dia berkhatan, walaupun dia sudah mencapai lapan puluh tahun

Teks Bahasa Arab

إنَّ الأقلفَ لا يُتْرَكُ في الإسلامِ حتى يَخْتَتِنَ، ولو بَلَغَ ثمانينَ سنةً.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya orang yang belum berkhatan tidak dibiarkan (dalam keadaan sebegitu) di dalam Islam sehinggalah dia berkhatan, walaupun dia sudah mencapai lapan puluh tahun.

Sahabat Perawi

  1. Ali RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1620, hadis no. 8180. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن علي - رضي الله عنه-، قال: وجدنا في قائم سيف رسول الله -صلى الله عيه وسلم - في الصحيفة: ((إن الأقلف لا يترك في الإسلام حتى يختتن، ولو بلغ ثمانين سنة)). [هق، ((الضعيفة)) (2997)].

(Palsu) Daripada Ali RA, beliau berkata: Kami mendapati pada pemegang pedang Rasulullah SAW, di dalam sahifah (gulungan kertas) (tertulis): ((Sesungguhnya orang yang belum berkhatan tidak dibiarkan (dalam keadaan sebegitu) di dalam Islam sehinggalah dia berkhatan, walaupun dia sudah mencapai lapan puluh tahun.)) [Riwayat al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2997].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.