Sesungguhnya orang Yahudi ialah kaum yang bosan dengan agama mereka, dan mereka adalah kaum yang kuat hasad

TEKS BAHASA ARAB

إن اليهود قوم سئموا دينهم، وهم قوم حسد، ولم يحسدوا المسلمين على أفضل من ثلاث: على رد السلام، وإقامة الصفوف، وقولهم خلف إمامهم في المكتوبة: آمين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya orang Yahudi ialah kaum yang bosan dengan agama mereka, dan mereka adalah kaum yang kuat hasad. Mereka tidak dengki kepada orang Islam dengan yang melebihi tiga perkara: Amalan menjawab salam, amalan mendirikan saf, dan ucapan “Amin” mereka di belakang imam.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 303-304, hadis nombor 1606. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف بهذا التمام) عن معاذ –رضي الله عنه-، أن النبي – صلى الله عليه وسلم – جلس في بيت من بيوت أزواجه، وعنده عائشة، فدخل عليه نفر من اليهود فقالوا: السام عليك يا محمد! قال: ((وعليكم)). فجلسوا فتحدثوا، وقد فهمت عائشة تحيتهم التي حيوا بها النبي – صلى الله عليه وسلم -، فاستجمعت غضبًا وتصبرت، فلم تملك غيظها فقالت: بل السام عليكم وغضب الله ولعنته، بهذا تحيون نبي الله – صلى الله عليه وسلم -! ثم خرجوا، فقال لها النبي – صلى الله عليه وسلم -: ((ما حملك على ما قلت؟!)). قالت: أو لم تسمع كيف حيوك يا رسول الله؟! والله ما ملكت نفسي حين سمعت تحيتهم إياك، فقال لها النبي – صلى الله عليه وسلم -: ((كيف رأيت رددت عليهم؟ إن اليهود قوم سئموا دينهم، وهم قوم حسد، ولم يحسدوا المسلمين على أفضل من ثلاث: على رد السلام، وإقامة الصفوف، وقولهم خلف إمامهم في المكتوبة: آمين)) [طس، ((الضعيفة)) (5048)].

(Lemah dengan riwayat selengkap ini) Daripada Mu’az RA, bahawa Nabi ﷺ duduk di salah sebuah rumah isteri baginda dan ‘Aishah berada bersama baginda. Tiba-tiba masuklah sekumpulan orang Yahudi, lalu mengucapkan: “Assamu alaikum (maut buatmu), wahai Muhammad!” Baginda membalas: “Dan buat kalian.” Kemudian mereka duduk dan berbual. ‘Aishah memahami ucapan salam yang mereka ucapkan kepada Nabi ﷺ. Beliau menahan marah dan cuba bersabar. Akan tetapi kemarahannya tidak dapat dikawal, lalu dia berkata: “Bahkan maut buat kalian! Kemurkaan dan laknat Allah juga! Begini kalian menyapa Nabi ﷺ!” Orang Yahudi pun beredar. Nabi ﷺ berkata kepadanya, “Apakah yang membuatkan kamu berkata begitu?” Beliau berkata, “Tidakkah kamu dengar bagaimana mereka memberi salam kepadamu, wahai Rasulullah? Demi Allah! Saya tidak dapat menahan diriku ketika aku mendengar ucapan mereka untukmu.” Lalu Nabi ﷺ berkata kepadanya: “Bagaimana kamu melihat aku membalas ucapan mereka? Sesungguhnya orang Yahudi ialah kaum yang bosan dengan agama mereka, dan mereka adalah kaum yang kuat hasad. Mereka tidak dengki kepada orang Islam dengan yang melebihi tiga perkara: Amalan menjawab salam, amalan mendirikan saf, dan ucapan “Amin” mereka di belakang imam.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5048].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs