Sesungguhnya orang-orang yang berlaku adil akan berada di atas mimbar-mimbar daripada permata pada hari kiamat

TEKS BAHASA ARAB

إن المقسطين على منابر من لؤلؤ يوم القيامة بين يدي الرحمن بما أقسطوا في الدنيا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya orang-orang yang berlaku adil akan berada di atas mimbar-mimbar yang diperbuat daripada permata pada hari kiamat yang terletak di hadapan Tuhan Yang Maha Pengasih (al-Raḥmān) disebabkan keadilan yang mereka lakukan semasa di dunia.

STATUS

Syaz

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 125, hadis nombor 637. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(شاذ) عن عبد الله بن عمرو بن العاص رضي الله عنهما أن رسول الله صلى الله عليه وسلم: إِنَّ الْمُقْسِطِينَ عَلَى مَنَابِرَ مِنْ لُؤْلُؤٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ بَيْنَ يَدَيْ الرَّحْمَنِ بِمَا أَقْسَطُوا فِي الدُّنْيَا. [ش، حم، الضعيفة (6344)]

(Syaz) Daripada ‘Abdullah ibn ‘Amr ibn al-‘Āṣ RA, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Sesungguhnya orang-orang yang berlaku adil akan berada di atas mimbar-mimbar yang diperbuat daripada permata pada hari kiamat yang terletak di hadapan Tuhan Yang Maha Pengasih (al-Raḥmān) disebabkan keadilan yang mereka lakukan semasa di dunia. [Diriwayatkan oleh Ibn Abī Shaybah dalam al-Musānnaf dan Aḥmad dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6344]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs