Sesungguhnya orang-orang yang beriman serta anak-anak mereka berada di dalam syurga

TEKS BAHASA ARAB

إن المؤمنين وأولادهم في الجنة، وإن المشركين وأولادهم في النار. ثم قرأ رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: {والذين آمنوا واتبعتهم ذريتهم بإيمان ألحقنا بهم ذرياتهم}.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya orang-orang yang beriman serta anak-anak mereka berada di dalam syurga dan sesungguhnya orang-orang yang musyrik serta anak-anak mereka berada di dalam neraka. Kemudian Rasulullah SAW membaca firman Allah SWT: ‘Dan orang-orang yang beriman yang dituruti oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu bersama mereka’ [al-Tur: 21].

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1527, hadis nombor 7763. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا التمام) عن علي – رضي الله عنه-، قال: سألت خديجة النبي صلى الله عليه وسلم عن ولدين ماتا لـها في الجاهلية؟ فقال رسول اللله صلى الله عليه وسلم: ((هما في النار)). فلما رأى الكراهية في وجهها، قال: ((لو رأيتِ مكانهما؛ لأبغضتيهما)). قالت: يا رسول الله! فولدي منك؟ قال: ((في الجنة)). قال: ثم قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إن المؤمنين وأولادهم في الجنة، وإن المشركين وأولادهم في النار. ثم قرأ رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: {والذين آمنوا واتبعتهم ذريتهم بإيمان ألحقنا بهم ذرياتهم})). [عم، ((الضعيفة)) (5791)].

(Munkar dengan lafaz ini seluruhnya)
Daripada Ali RA, beliau berkata: Khadijah RA bertanya kepada Nabi SAW tentang dua orang anak lelakinya yang mati pada waktu jahiliah. Rasulullah SAW menjawab: “Mereka berdua di dalam neraka.” Ketika baginda melihat kebencian di mukanya (Khadijah RA), baginda berkata: “Jika kamu melihat kedudukan mereka berdua, kamu akan merasa benci terhadap mereka berdua. Khadijah bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana pula dengan anak aku daripada kamu? Rasulullah menjawab: “Mereka di dalam syurga.” Ali berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman serta anak-anak mereka berada di dalam syurga dan sesungguhnya orang-orang yang musyrik serta anak-anak mereka berada di dalam neraka. Kemudian Rasulullah SAW membaca firman Allah SWT: ‘Dan orang-orang yang beriman yang dituruti oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu bersama mereka’ [al-Tur: 21].
[Riwayat Abdullah bin Ahmad dalam al-Zawaid. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5791].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs