Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan anak-anak mereka di dalam syurga

TEKS BAHASA ARAB

إن المؤمنين وأولادهم في الجنة، وإن المشركين وأولادهم في النار. ثم قرأ رسول الله صلى الله عليه وسلم: {والذين آمنوا واتبعتهم ذريتهم بإيمانٍ ألحقنا بهم ذرياتهم}.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan anak-anak mereka di dalam syurga, manakala orang-orang musyrik dan anak-anak mereka di dalam neraka. Kemudian Rasulullah SAW membaca: {Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya itu dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam syurga)}.

STATUS

Munkar secara keseluruhannya

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 680, hadis nombor 3499. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا التمام) عن علي -رضي الله عنه- قال: سألت خديجة النبي صلى الله عليه وسلم عن ولدين ماتا لها في الجاهلية؟ فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((هما في النار)). فلما رأى الكراهية في وجهها، قال: ((لو رأيت مكانهما، لأبغضتيهما)). قالت: يا رسول الله! فولدي منك؟ قال: ((في الجنة)). قال: ثم قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إن المؤمنين وأولادهم في الجنة، وإن المشركين وأولادهم في النار. ثم قرأ رسول الله صلى الله عليه وسلم: {والذين آمنوا واتبعتهم ذريتهم بإيمانٍ ألحقنا بهم ذرياتهم})). [عم، ((الضعيفة)) (5791)]

(Munkar secara keseluruhannya) Daripada ‘Alī RA berkata: Khadījah RA bertanya kepada Nabi SAW tentang dua orang anaknya yang meninggal dunia dalam Jahiliah? Rasulullah SAW bersabda: Mereka berdua di dalam neraka. Ketika Rasulullah SAW melihat wajah Khadījah tidak senang, baginda bersabda: Jika kamu melihat tempat mereka berdua, nescaya kamu akan membenci mereka berdua. Beliau berkata: Wahai Rasulullah! Anakku bersamamu bagaimana pula? Baginda bersabda: Di syurga. Beliau berkata: Kemudian Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan anak-anak mereka di dalam syurga, manakala orang-orang musyrik dan anak-anak mereka di dalam neraka. Kemudian Rasulullah SAW membaca: {Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya itu dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam syurga)}. [Riwayat ‘Abdullah bin Aḥmad dalam Zawāi’d al-Musnad. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5791]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs