Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ النساءَ همُ السفهاءُ إلا التي أطاعتْ قَيِّمَهَا.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya orang-orang perempuan adalah golongan yang sufaha’ (bodoh) melainkan mereka yang mentaati pemimpinnya (suaminya).
Sahabat Perawi
- Abu Umamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 151, hadis no. 764. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي أمامة - رضي الله عنه -، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((إنَّ النساءَ همُ السفهاءُ إلا التي أطاعتْ قَيِّمَهَا)). [ابن أبي حاتم في ((التفسير))، ((الضعيفة)) (6961)]
(Munkar) Daripada Abi Umamah RA berkata, Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya orang-orang perempuan adalah golongan yang sufaha’ (bodoh) melainkan mereka yang mentaati pemimpinnya (suaminya).” [Riwayat Ibn Abi Hatim dalam al-Tafsir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6961]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman