Sanadnya lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya orang-orang munafik itu ada tanda untuk mengenali mereka

Teks Bahasa Arab

إنَّ للمُنافقينَ علاماتٍ يُعرَفونَ بِها : تحيَّتُهُم لَعنةٌ ، وطَعامُهُم نُهْبةٌ ، وغَنيمتُهُم غُلولٌ، ولا يَقربونَ المساجِدَ إلَّا هُجرًا، ولا يأتونَ الصَّلاةَ إلَّا دُبرًا ، مُستَكْبرينَ ، لا يَألفونَ ولا يُؤلَفونَ ، خُشُبٌ باللَّيلِ ، صُخبٌ بالنَّهارِ

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya orang-orang munafik itu ada tanda untuk mengenali mereka: Salam penghormatan mereka adalah laknat, makanan mereka adalah barang rompakan, harta rampasan mereka diperolehi dengan cara menipu, mereka tidak mendekati masjid melainkan ingin memulaukannya. Mereka tidak menunaikan solat melainkan pada akhir waktu dengan penuh rasa sombong.Mereka tidak mesra dengan orang ramai dan tidak disukai oleh orang lain juga. Mereka juga senyap di malam hari dan riuh pada siangnya.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sanadnya lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1015, hadis no. 5226. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف الإسناد) عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ: إن للمنافقين علامات يعرفون بها: تحيتهم لعنة وطعامهم نهبة وغنيمتهم غلول ولا يقربون المساجد إلا هجرا ولا يأتون الصلاة إلا دبرا مستكبرين لا يألفون ولا يؤلفون خشب بالليل صخب بالنهار. [حم, البزار, الضعيفة (5872)]

(Sanadnya lemah) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Sesungguhnya orang-orang munafik itu ada tanda untuk mengenali mereka: Salam penghormatan mereka adalah laknat, makanan mereka adalah barang rompakan, harta rampasan mereka diperolehi dengan cara menipu, mereka tidak mendekati masjid melainkan ingin memulaukannya. Mereka tidak menunaikan solat melainkan pada akhir waktu dengan penuh rasa sombong.Mereka tidak mesra dengan orang ramai dan tidak disukai oleh orang lain juga. Mereka juga senyap di malam hari dan riuh pada siangnya. [Riwayat Ahmad bin Hanbal dalam Musnad beliau, al-Bazzar dalam Musnad beliau. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 5872]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.